Fatwa SIS Terpesong Kekal Sah

295

Alhamdulillah, fatwa bahawa Sisters in Islam terpesong dari ajaran Islam adalah kekal sah selepas Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk meneliti perkara tersebut.

Tahniah diucapkan kepada barisan peguam (Gambar) yang telah bertungkus lumus mempertahankan kepentingan Islam dan umat Islam ini.

Namun, saya percaya perkara ini tidak hanya “selesai” di situ sahaja. Mereka (SIS) akan terus mendesak lagi demi mempertahankan KESESATAN mereka.

Justeru, umat Islam mesti menjauhi kumpulan ini dan terus menentang kesesatan mereka sehigga ia diharamkan.

Saya juga mendoakan para aktivis dan pengikut kumpulan dan ideologi kumpulan ini mendapat hidayah daripada Allah dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Selasa 27 Ogos, 2019