Erdogan Kecam AS Masih Berdiam Diri Isu Pembunuhan Khashoggi

295

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa Amerika Syarikat (AS) masih ‘berdiam diri’ berhubung kes pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi.

“Saya tidak boleh memahami pendirian AS. Kita mahu semuanya didedahkan kerana wujudnya pembunuhan. Pembunuhan Jamal bukanlah satu insiden biasa,” kata Erdogan ketika ditemu bual oleh stesen televisyen TRT.

Jamal dibunuh di bangunan Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober tahun lalu. – AFP