Ennahda Menang PRU Tapi Tak Cukup Majoriti

321

Keputusan awal pilihan raya Tunisia mencatatkan, Parti Islam Ennahda telah mendapat undi tertinggi dalam pilihan raya umum (PRU) Tunisia namun gagal mendapat majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

Menurut suruhanjaya pilihan raya negara itu, parti pimpinan Rached Ghannouchi memenangi 52 daripada 217 kerusi pada pemilihan hari Ahad, jauh dari jumlah yang diperlukan untuk memerintah.

Beliau yang telah memimpin parti itu sekian lama dan tidak pernah bertanding sebelum ini, memenangi kerusi di Tunis.

Manakala sebuah parti yang baru ditubuhkan oleh ahli perniagaan yang juga tokoh media Tunisia, Qalb Tounes (Heart of Tunisia) menduduki tangga kedua dengan memenangi 3 kerusi.

Pemimpinnya yang calon presiden Nabil Karoui dibebaskan dari penjara hanya beberapa jam sebelum sebelum pemilihan diadakan selepas Mahkamah Cassation menggugurkan perintah penahanan terhadapnya.

Walaupun begitu, sehingga kini beliau masih belum dibebaskan, terpaksa berkempen untuk pemilihan presiden melalui proksi, isterinya dan televisyen.

Dalam pengundian parlimen, Ennahda dan Qalb Tounes secara rasminya menolak penggabungan yang dijangka menyebabkan rundingan panjang dan kompleks dengan pelbagai parti dan pergerakan, untuk menunuhkan sebuah kerajaan.

Nabil-Karoui

Sebarang kebuntuan politik dan parlimen yang diwakili perlbagai partin akan merumitkan usaha Tunisia untuk menangani masalah ekonomi kronik, termasuk hutang awam yang besar dan pengangguran sebanyak 15 peratus.

Parti demokratik aktivis hak asasi manusia diketuai Attorney Mohamed Abbou memperoleh 22 kerusi, manakala parti karikar yang dipimpin Karama Seif Eddine Makhlouf, menang 21 kerusi.

Sementara itu, Parti Bebas ‘Destroyer’ yang anti Islam anti-Islam, dipimpin Abir Mouss memperoleh 17 kerusi.