Enggan Melepaskan Jawatan; Che Mat Jusoh ‘Sombong dan Degil’

368
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/futsal.jpg

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Che Mat Jusoh mengambil sikap demikian kerana beliau disokong penuh oleh kepimpinan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

“(ia) menandakan kedegilan dan kesombongan (Datuk) Che Mat Jusoh, walaupun (telah) didesak oleh penykong-penyokong pasukan bolasepak negeri Terengganu,

“Che Mat Jusoh berdegil kerana mendapat sokongan yang padu daripada kepimpinan kerajaan (Umno-BN) Terengganu,”tegasnya.

Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas memberikan sokongan kepada passukan-pasukan yang bertandngan dalam pertandingan Futsal sempena program Himpunan Pemuda dan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT).

HIMPIT diadakan sebagai ‘pembukai tirai’ program berprestij Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU5.0)di Pekan Jabi, dekat sin, pada Sabtu 5 Oktober.

Justeru, bedasarkan sikap Che Mat tersebut, beliau menegaskan, tidak akan berlaku sebarang perubahan dalam kepimpinan bolasepak negeri Terengganu dan penyelesaian terhadap ‘polemik’ yang melanda sukan utama itu.

“tidak (akan) ada penyelesaian terhadap (polemik yang dihadapi oleh) pasukan bolasepak negeri Terengganu melainkan (dilakukan) perubahan (dalam) kepimpinan kerajaan negeri Terengganu dalam pilihanraya (umum ke-13) akan datang,”jelasnya.

Desakan supaya Datuk Che Mat Jusoh meletakkan jawatan telah ‘berkumandang’ sejak tahun lalu dan kemuncaknya, satu himpunan aman yang digelar ‘Himpunan Aal Bukan Che Mat (ABC) telah diadakan oleh para penyokong pasukan bolasepak negeri Terengganu di Batu Burok pada 29 September lalu.

Namun begitu, sebagai respons kepada Himpunan tersebut, Datuk Che Mat pada 30 September telah membuat kenyataan, beliau tidak akan meletakkan jawatan.

Sementara itu, pasukan dari kawasan Setiu (gambar) telah menjuarai pertandingan Futsal yang diadakan, apabila pasukan tersebut mengalahkan pasukan dari kawasan Marang dengan jaringan gol 3 berbalas 2.