Empat Kemahiran ‘Komando Penerangan’

142

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Seseorang anggota penerangan perlu memiliki empat kemahiran bagi melayakkan mereka menjadi seorang ‘komando’ yang boleh bergerak dimana-mana jua keadaan, dalam menyampaikan dakwah.

Ahli Jawatankuasa Lujnah Penerangan PAS Terengganu, Haji Sazali Mohd Noor berkata, sifat atau sikap mereka perlu mahir menulis, membaca, bercakap dan mendengar.

“Sekurang-kurangnya mereka-mereka yang terpilih untuk melengkapkan diri bagi menjadi seorang ‘komando penerangan’ mesti mempunyai kemahiran pandai menulis.

“Kalau tidak pandai menulis tidak akan dapat menyampaikan maklumat melalui komunikasi berbentuk tulisan,

“Yang ketiga mesti ada kemahiran membaca kerana seseorang yang tidak dapat membaca dengan cepat dia akan dapat maklumat agak lambat.

“Dia bukan sahaja memahami tetapi menangkap serta mengeluarkan apa-apa isu yang terutamanya berlegar di media sama ada media ‘konvensional’ ataupun media sosial,” jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pertandingan Pidato Gema Wawasan 2019 yang diadadakan di Auditorium Stadium Tertutup Gong Badak, disini semalam.

Beliau menambah, seorang ‘soldadu penerangan’ mestilah juga mempunyai kemahiran mendengar kerana ia sangat penting bagi melaporkan dan menyebarkan maklumat kepada pihak lain.

Katanya, dengan kemahiran mendengarlah, para sahabat mengingati ayat al-Quran dan al-Hadis, ianya ditulis dan dapat dibaca, sehinggalah hari ini.

“apabila turun turunnya ayat (al-Quran) maka yang mendengar ketika Rasulullah SAW membacakannya, mereka mengingati dengan baik,

“sehinggakan tidak ada kesalahan dan kita boleh membaca sehingga hari ini,” katanya.