Emi Harumkan Nama Seberang Takir

2264

Oleh : Hailmey Mansor

KUALA NERUS – Ketua Pemuda PAS Seberang Takir, Haji Mohd Fadhil Wahab berasa bangga apabila Emi Marhim binti Aman, wakil Seberang Takir dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan pidato peringkat negeri Terengganu.

Beliau menyifatkan kemenangan ibu muda itu sebagai penyuntik semangat anak muda untuk memberanikan diri di pentas-pentas seperti pertandingan ini.

“Anak muda harus mengambil contoh Emi ini sebagai penguat semangat dalam apa jua pertandingan terutamanya di pentas pidato,” ujar Haji Fadhil.

“Pentas seperti ini mengajar para beliawanis untuk membuktikan bakat-bakat terpendam dan mencabar keberanian diri masing-masing,” tambah beliau lagi.

Beliau berkata demikian semalam ketika mengulas kemenangan Emi Marhim Aman merupakan Lepasan Ijazah Sarjana Muda (Dengan Kepujian) Sains Aktuari Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) merangkkul johan kategori Ameerah (Beliawanis).

Disamping itu, Haji Fadhil turut mengucapkan tahniah buat Puan Nur Aini Embong selaku pemenang tempat ketiga kategori Muslimat(Wanita) Pertandingan Pidato Gema Wawasan.

Puan Aini Embong merupakan lulusan Universiti Al-Azhar,Mesir yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab(Bidang Syariah).

Pertandingan telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Bandar,Ustaz Ahmad Shah di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu pagi tadi.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Khairunnisa dengan kerjasama Lajnah Penerangan dan Hubungan Media, Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu.