Dunia Akan Kucar Kacir Tanpa Politik Islam

183

Oleh ; Rohayati Ripin

Kuala Terengganu – Dunia akan menjadi rosak dan kucar kacir sekiranya politik dikuasai oleh golongan bukan Islam.

Ketua Lajnah Penerangan dan Media Baru Muslimat Kuala Terengganu, Hajah Zaiton Abas berkata, umat Islam hendaklah menguasai politik agar mereka peka keadaan yang berlaku pada hari ini.

“Kita tengok huru haranya negara kita hari ini. Isu-isu penghinaan ke atas nabi, isu penghinaan ke atas bangsa kita melayu, berlaku penghinaan kuasa raja-raja, penindasan dan sebagainya.

“Bagaimana mereka memainkan peranan politik sebagaimana orang Islam ramai tidak cakna dantidak ambil tahu tentang politik,” jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Lajnah Penerangan dan Media Baru Muslimat Negeri Terengganu berkata demikian ketika berucap dalam program Bengkel Penulisan di Markas Tarbiyah PAS Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada hari ini.

Justeru itu, beliau berkata, pada hari ini terbukti bahawa orang Islam tidak mampu untuk mempertahankan fitnah-fitnah yang dilontarkan oleh pihak musuh.

“Orang kafir menggunakan politik untuk menjatuhkan orang Islam,” ujarnya.

Sehubungan itu, tambahnya, bengkel penulisan dibuat untuk mengambil peluang menyebarkan maklumat kepada masyarakat.

“Kita ada teknik dan cara untuk masyarakat faham apa yang kita sampaikan melalui penulisan kita,” kata beliau.