Dua Di Tahan Di Teluk Kemang, Undi Pos Memberangsangkan

311

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/10/11102009139.jpgManakala di daerah mengundi Sua Betong, sebanyak 25% pengundi telah keluar sehingga jam 11 pagi dengan kadar sokongan 10 kepada PAS dan 1 kepada BN.

Sementara itu, undi pos telah mula di kira di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) pada jam 10.30 pagi tadi.

Malaysiakini melaporkan Bendahari PAS Negeri Sembilan, Md Nor Rahman ketika dihubungi mengesahkan sokongan yang diterima oleh PAS dari angkatan tentera adalah memberangsangkan .

“ia (undi pos) lebih kepada kita” dan “nampak memberangsangkan”. Katanya

Sementara itu, beberapa pemimpin PAS telah tiba di UPU Teluk Kemang termasuk Timbalan Presiden Ustaz Nasaruddin Mat Isa bagi menenangkan keadaan disana.

Di lokasi lain, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat,  Mazlan Aliman memaklumkan penyokongnya terkawal, biarpun terdapat usaha provokasi daripada Datuk Ismail Sabri.