DPPNT Tunggu Garis Panduan Muafakat Nasional

206

Oleh : Adli Mohamad
Foto : Ammar Ruzlan

HULU TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) sedia menunggu arahan daripada Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) tentang garis panduan ‘Muafakat Nasional’.

Ketua DPPNT, Ustaz Nasir Abdul Razak berkata buat masa ini tiada lagi inisiatif yang khusus di peringkat pemuda mengenai perkara berkenaan.

“Jadi Insya-Allah di peringkat awal kita akan tunggulah pertemuan diantara kepimpinan tertinggi di Negeri Terengganu untuk mereka berjumpa dan berbincang.

“Jika mana selesai perbincangan daripada pihak perhubungan negeri maka barulah kita akan ‘interpretasi’ ,” ulasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui, selepas program perasmian HIMPIT, di Padang Memorial Batu Bersurat, Kampung Buluh, semalam.

Harapnya, agar kerjasama diantara PAS dan UMNO itu agar berlansung dengan baik diantara kedua-dua pihak.

“Dengan berdasarkan kepada agenda berteraskan kepada Agama Islam sebagai paksi utama juga kerjasama yang telus diantara dua pihak ke arah memartabatkan Islam,” ucapnya.

Katanya, DPPNT akan memberi kerjasama sepenuhnya apabila telah mempunyai garis panduan yang jelas kelak.