DPPNT Kesal Tindakan Guan Eng Dan Salahuddin

280

Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) kesal tindakan yang dilontarkan oleh kedua-dua menteri yang menimbulkan api kemarahan antara agama pada 3 & 4 November lalu.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) Harun Esa berkata, tindakan kedua-dua menteri tersebut ingin menakut-nakutkan rakyat malaysia dengan memperkudakan agama dan bangsa.

“Kami tegaskan kombinasi kenyataan pimpinan DAP dan PAN ini amat merbahaya kepada keharmonian kaum yang telah terbina lama di Malaysia.

“Sudah cukup membuktikan mereka mengugut rakyat dengan meniupkan api perkauman dan mencetuskan ketegangan antara agama,” Ujarnya.

Beliau yang juga Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(I-MITS) Dun Manir berkata demikian dalam kenyataannya di laman Facebook Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, pada hari ini.

Menurutnya, DPPNT mendesak pihak PDRM menyegerakan siasatan terhadap Salahuddin Ayub dan membuka siasatan terhadap ucapan Lim Guan Eng yang mengancam kestabilan masyarakat berbilang kaum.

“Kami menyarankan kepada semua ahli politik yang sedang berkempen di Tanjung Piai agar mengamalkan sikap matang dan sejahtera agar proses piliharaya kecil tersebut berjalan dengan lancar.

“Elak sikap taksub politik yang begitu mendalam sehingga mengadaikan maruah bangsa dan negara ibarat kata pepatah melayu,menang sorang kampung tergadai,” tambah beliau.