Doakan Janji Royalti DiTepati

240

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Rakyat Terengganu diminta mendoakan agar kerajaan pusat menepati janji-janji mereka untuk menyerahkan royalti minyak milik negeri ini yang masih berbaki.

Pegawai Khas Wanita di Pejabat Menteri Besar, Hajah Khairiah Mokti berkata, insyaAllah kerajaan boleh buat lebih baik daripada apa yang ada sekarang.

“Walaupun kita dalam keadaan duit yang terhad, dalam belanja kena berjimat-cermat, Alhamdulillah ada peruntukan untuk wanita, ” ujar beliau.

Khairiah yang dihubungi di sini pada 7 Disember, diminta mengulas Belanjawan Negari Terengganu yang dibentangkan oleh Menteri Besar pada 25 Disember yang lalu.

“Jadi sekarang ini dengan peruntukan yang ada, kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu yang cakna tentang wanita-wanita, wanita muda dan ibu tunggal, ” katanya lagi.

Menurutnya kebajikan ibu-ibu tunggal yang menjaga anak-anak di mana kadang-kadang realiti kebanyakan ibu tunggal terpaksa berjuang sendirian.

” Terima kasih kepada kerajaan Terengganu yang sanggup memberikan bantuan kepada mereka, sebagai rasa tanggungjawab kepada anak-anak yang tidak boleh kita abaikan penjagaan dia dan tidak boleh kita abaikan pembelajaran dia, ” tambahnya lagi.

Beliau juga mengalu-alukan kemudahan tempat-tempat rekreasi untuk muslimat yang disebutkan di dalam pembentangan tersebut.

“Sebenarnya semasa kita menang tahun 1999 dulu pun, memang kita telah memasukkan dalam menifesto kita untuk mengadakan pusat rekreasi seperti kolam renang khas untuk muslimat tapi kita tak sempat nak laksanakan, ” jelasnya .

Dengan perlantikkan ADUN wanita, YB Hajah Zuraida Mohd Nor, kami bersama-sama dengan exco Wanita YB Haji Hanafiah Mat, akan membina gabungan mantap,

“Untuk merealisasikan agenda-agenda pembangunan dan kebajikkan wanita supaya mencapai sasaran dengan bajet yang disediakan ini sampai kepada yang sepatutnya,” jelasnya.

Justeru itu, diharapkan, wanita-wanita di luar sana supaya sama-sama menyokong dan mendokong aspirasi kerajaan dalam keadaan terhad ini, berusaha untuk memenuhi kehendak-kehendak wanita.