Doa Adalah Pilihan Allah

641

Oleh:Nooreni Abu Bakar

MARANG – Setiap orang Islam digalakkan berdoa  dan segala permintaan itu terserah kepadaNya untuk memilih samada diperkenankan atau sebaliknya.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata sebagai hamba perlu mengambil sudut-sudut positif, bukan emosi.

“Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah kesembuhan kepada kedua ibubapa kami, kita minta supaya diberikan kesembuhan.

“Tapi apabila doa ini dipanjangkan kepada Allah, Allah tidak memilih kesembuhan, Allah memilih tempoh yang lama untuk sembuh, ” ujarnya.

Kuliah dhuha yang dihadiri oleh orang ramai daripada setiap pelusuk.
Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus itu juga menjelaskan demikian ketika menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila di sini pada 21 Disember.

” Ini adalah satu hikmah yang telah Allah Subhanawata’ala berikan kepada kita menurut apa yang dia pilih bagi kamu, bukan menurut apa yang kamu pilih,” terang beliau yang menggantikan tempat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang.

Menurut beliau, jika sebelum ini sianak hanya menjenguk ibubapa mereka pada hari raya tetapi kerana sakit, bakti anak kepada kedua ibubapa dapat dilaksanakan.