Dikir Barat Jabi; Seni dan Budaya Minat Semulajadi Manusia.

584

Tetapi Islam datang dengan syariat yang menyusun dan mengatur segalanya agar memang ianya benar-benar bertepatan dengan fitrah manusia, mampu memberi manfaat dan tidak memudharatkan.

Seni dan budaya antara minat semulajadi manusia. Tentu sekali Islam tidak berseteru dengan seni yang tak melupakan kita kepada Allah walau apa pun bentuknya. Insan seni juga hamba Allah seperti kita.

Sebab itulah, fenomena penyertaan beramai-ramai para pengiat seni tanahair untuk bersama-sama perjuangan Islam, tak lain tak bukan adalah mengembali kan mereka kepada status sebenar fitrah mereka sebagai seorang hamba Allah.

Inilah antara intipati ucapan yang disampaikan ketika program babeque Pemuda Dun Jabi, Jumaat 6 Julai lalu sempena meraikan pembukaan Bangsal Dikir Barat, kendalian Lujnah Seni dan Budaya Pemuda Dun. Lokasi Kampung Ubi Keling menjadi pilihan dan sambutan dari anak-anak muda amat memberansangkan.

Apatah lagi dengan kehadiran Tuan Imam Masjid Tempinis, Ustaz Zulkifli Othman merangkap Ketua Pas Cawangan Tempinis untuk bersama-sama dengan anak-anak muda tambah menceriakan lagi keadaan. Sambil bergurau, saya mengibaratkan, Abe Li, panggilan mesra untuk Ustaz Zulkifli macam ustaz Azhar Idrus.

Berjubah, berserban , berjanggut lebat tapi anak-anak muda bersamanya keliling pinggang tanpa rasa janggal. Ikon seperti inilah yang kita nak wujudkan di dalam masyarakat, sehingga kita mampu menjuarai apa sahaja isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

Mendengan anak-anak muda ini mengalungkan lagu-lagu yang berunsur nasihat ciptaan mereka sendiri, fuuhh!!! Memang ada kelas tersendiri! Bukan calang-calang bakat yang mereka miliki. Dengan izin Allah, anak-anak muda ini akan menambahkan lagi sengat kepada perjuangan.

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi MTD Jabi

http://www.youtube.com/watch?v=0me4RuKC6Mw