Desak Ambil Tindakan Terhadap Ciapan   Tg Haslinda

444

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Terengganu mendesak agar pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap ciapan Tg Haslinda yang secara sewenang- wenangnya mengubah gambar Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika Majlis Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah baru-baru ini.

Ketuanya, To’ Puan Hajah Zarani Othman menyelar sikap biadab pemilik akaun tersebut yang bertujuan untuk mempersendakan Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan meletakkan beliau ditempat Sultan Terengganu itu.

“Namun menukarkan gambar Tuanku Sultan Mizan dengan gambar YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah suatu penghinaan terhadap institusi diraja,” tegasnya.

Zarani melahirkan rasa kesalnya itu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

“Dewan Muslimat Terengganu juga turut mendesak supaya pemilik akaun tersebut memohon maaf secara terbuka di atas perbuatannya yang mengundang berbagai persepsi negatif itu,” tambahnya lagi.