Derita Pak Abu Dapat Perhatian

1200

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Derita Pak Abu atau nama sebenarnya Johar Hussin, 68, yang menghidap kanser mulut sejak empat bulan yang lalu, mendapat perhatian PAS Kawasan.

Pengarah Majlis Tindakan Dewn Undangan Negeri (DUN) PAS Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata, beliau hampir tidak mengenali Pak Abu, kerana sakit dideritainya telah merubah wajahnya.

“Saya bersimpati diatas nasib yang menimpa Pak Abu ini, yang merupakan penduduk Kampung Belimbing, Jonggok Batu.

“Banyak kali juga ke sana dan bertemu Pak Abu, ketika beliau masih sihat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian, semasa menziarah para pesakit di hospital Dungun bersama Yang DiPertua PAS yang juga Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, pada Rabu 26 Disember.

Ketika dilawati, Pak Abu ditemani oleh anak perempuannya , Noraisya Johar, 19, seorang pelajar di sebuah kolej di Perak.

Kata Noraisya, beliau mengambil kesempatan cuti semester bagi menjaga ayahnya.

“sepatutnya ayahnya menjalani rawatan kemoterapi namun (ayah) mengalami masalah darah rendah, kerana itu pihak hospital masih lagi tidak menjalankan rawatan tersebut.

“Untuk menjalani rawatan berkenaan perlu dipastikan (ukuran) darah 10 ke atas, dan sekarang masjh tujuh sahaja,” ujarnya yang merupakan anak kesembilan dari 10 orang adik beradik.

Oleh itu katanya, a Pak Abu, pernah dinasihatkan doktor agar membuang tulang pipi dan potong sedikit lidah, sebagai alternatif merawat penyakit berkenaan.

“Tapi ayah enggan, dan kami sekeluarga menurut sahaja kehendak ayah, kerana kasihankan ayah,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan perasaan gembira apabila pemimpin PAS datang sendiri, melawat ayahnya yang telantar itu.

Dalam pada itu, Ustaz Wan Hassan dan Haji Ghazali Sulaiman mendoakan agar Pak Abu akan pulih seperti sediakala dan akan sentiasa dilimpahi keberkatan dan redha ilahi, dan dikurniakan ketabahan.