Dengarlah Keluhan Petani……..Sipenoreh Getah

1145

SETIU [Lihat Video] – “Tanah (milik) orang lain, kita yang toreh……… sikit sangat hasil, getah murah sangat sekarang. Sekarang ni satu bowok tiga ringgit. Tiga ringgit pun ada, bawah dari tu pun ada.

“Tiga lebih lah, tiga tiga. Baru ni tiga (ringgit) empat (puluh sen). Tidak tahu lah……..,”keluh seorang Penoreh getah muda, yang mahu dikenali sebagai Awi.

Awi tidak mahu berhijrah ke Bandar-bandar dan memutuskan untuk menetap di kampungnya di Langkap, dekat sini.

[Gambar – Majid, 15, yang masih bersekolah membantu keluarganya menoreh getah diwaktu petang dan malam]

Beliau menyara kehidupannya dengan mengambil upah menorah getah, milik rakan sekampungnya dengan hasilnya dibahagi dua.

Menurutnya, sewaktu harga getah mahal sekitar RM5 atau RM6 dulu, ‘sedap sikit duduk’. Tetapi sekarang katanya, sudahlah harga getah murah, harga barang pun semakin mahal.

“Kos sara hidup tu (semakin) tinggi.Tak padan (cukup) lah. Patutnya kerajaan buat naik lah harga getah mahal sikit. Barulah padan dengan dia buat naik harga barang dengan kos sara hidup kita sekarang,”ujarnya lagi.

Dengan minyak naik mendadak sekarang ini, katanya, kalau harga getah rendah, harga barang mahal pastinya pendapatan tidak cukup.

Sedangkan kata Awi, gaji kakitagan kerajaan makin naik tiap-tiap tahun, tak kan harga getah tak naik-naik bertahun-tahun.

“Patutnya beri lah sama…….. baru adil. (dan) memang tak patut lah dengan GST tu kalau (dibandingkan) dengan (kehidupan) penoreh getah.

“Kalau dengan harga getah sekarang tak boleh nak hidup lah sekarang. Sebab cukai dia enam persen, enam peratus. Tak padan lah, kita beli barang kena cukai.

“Kecuali barang dapur jer kita tak kena cukai. Dah kita bukan pakai barang dapur, kita pakai baju, pakai kasut, pakai belaka…….,”jelasnya lagi.

Tegasnya, penoreh getah sepertinya, tidak akan dapat meneruskan hidup dengan selesa apabila kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan nanti.

Artikel berkait sebelum ini;

Dengarlah keluhan Pak Tani