Demonstran Sudan Tuntut Keadilan Mangsa Serangan Tentera

116

Beribu-ribu rakyat Sudan turun membuat bantahan di Khartoum dan bandar-bandar lain untuk menandakan hari ke-40 sejak penyuraian ‘duduk dan bantah’ di luar markas tentera yang telah memgorbankan lebih dari 100 nyawa.

Demonstrasi pada hari Sabtu dikerah oleh Persatuan Profesional Sudan (SPA), yang telah mengetuai demonstrasi sejak Disember lalu yang membawa kepada kejatuhan Omar al-Bashir oleh pihak tentera pada bulan April.

Melancarkan kempen “darah untuk darah, kami tidak akan menerima pampasan”, ramai penunjuk perasaan berarak melalui jalan-jalan utama bandar pantai Laut Merah Port Sudan, dan bandar-bandar pusat Madani dan Al-Obeid, kata saksi.

Ramai penunjuk perasaan membawa sepanduk yang bertulis “Keadilan Untuk Syuhada”, sementara yang lain memegang gambar penunjuk perasaan yang terbunuh dalam serbuan itu.

Di ibukota itu sendiri, para saksi mengatakan, sebuah perarakan diadakankan di kawasan Haj Yousef bahkan lebih banyak demonstrasi akan berlangsung dalam beberapa hari.

Serangan pada tanggal 3hb Jun berlaku selepas perbincangan antara pemimpin protes dan jeneral tentera yang merampas kuasa selepas penggulingan al-Bashir.

Perundingan gagal menentukan siapa yang harus mengetuai badan pentadbir baru, seorang awam atau askar.

Penganjur bantahan mengatakan, pasukan keselamatan ‘membunuh’ sekurang-kurangnya 128 orang semasa tindakan penyuraian bantahan itu.

Pihak berkuasa, bagaimanapun, meletakkan angka kematian pada 61, termasuk tiga dari pasukan keselamatan.

Penganjur protes berharap jumlah besar mengambil bahagian dalam perarakan yang diadakan dengan demonstrasi besar-besaran pada 30 Jun lalu, apabila puluhan ribu orang membanjiri jalan-jalan menunjukkan penyertaan yang ramai dalam pemberontakan itu.

Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 30 Jun, menurut penganjur.

Perhimpunan hari Sabtu juga memberi tekanan kepada Majlis Ketenteraan Peralihan (TMC) yang memerintah kerana dijangka bertemu dengan wakil-wakil Persatuan Kebebasan dan Perubahan – lagi kesatuan kumpulan protes – dan menandatangani perjanjian perkongsian kuasa.