Demi Islam, PAS Tidak Serik Jalin Kerjasama

476

Oleh : Aziz Hambali

KUANTAN – Demi Islam, PAS tidak pernah serik mencuba untuk menjalinkan kerjasama dan terbaru membina rakan taawun siyasi bersama dengan parti politik, Umno dan lain-lain NGO.

Perwakilan PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Sulaiman Sulong berkata, kesatuan di bawah panji Islam dan kepimpinan Islam manakala  ummah mesti difahamkan untuk menerima kepimpinan Islam.

“Pun begitu,  segala pahit maung dan parut luka yang ditinggalkan masih memberkas, masih meninggalkan kesan.

” Namun di sana kebijaksanaan kepimpinan amat diharapkan agar agenda ini menjadi realiti dan bakal mengubat luka yang pernah terguris dek khianat dan rakusnya rakan yang dipercayai”,
katanya.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Marang itu berucap membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 65 di SUKPA, Bandar Indera Mahkota di sini pada 22 Jun.

Sejarah dunia membuktikan katanya, Islam telah dijamin dan dikurniakan oleh Allah ajaran paling sempurna melalui sirah Nabi Muhammad s.a.w. di mana baginda telah berjaya menyatukan Muhajirin dan Ansar, Aus dan Khazraj dengan Islam.

“Malah sejarah juga menyaksikan bagaimana pejuang kemerdekaan Tanah Melayu seperti Tok Gajah,  Dato Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain lagi bersatu dan berpadu di bawah panji Islam,” jelasnya lagi.