Delegasi Misi Yaman 3 Selamat Sampai

832

Seiyun, HADRAMAUT – Delegasi Misi Kemanusiaan Yaman kali ke-3 telah selamat tiba pada awal pagi 26 Disember, waktu tempatan setelah mengharungi satu hari perjalanan melalui Saudi dan Sudan.

Ketua Delegasi, Abd Rahman Che Mat berkata, ia mengambil masa selama 13 jam dan akan meneruskan misi ke wilayah Maarib.

“Alhamdulillah kita telah sampai ke Seiyun untuk misi kemanusiaan Yaman 3.0.kami seramai tujuh orang dan disertai oleh beberapa NGO,

“Setelah berbincang dengan pihak NGO tempatan,kami akan membantu lebih kurang 750 buah keluarga berdasarkan kepada kos kewangan,” ujar beliau

Tambah beliau,Yemen Care seboleh-bolehnya ingin membantu memenuhi keperluan semua pelarian yang akan dan bakal ditemui khususnya yang berada di kem di pendalaman Yaman.

Bagaimanapun beliau berkata, kekurangan dana menyebabkan pihaknya hanya dapat membantu memenuhi keperluan mereka yang benar-benar terdesak.

“Kami bukan sebuah pertubuhan yang besar dan dana yang diterima tidak banyak.Justeru bantuan yang boleh disumbangkan sangat terhad,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, beliau bagi pihak Yemen Care berharap lebih ramai rakyat malaysia menghulurkan sumbangan.

“Orang ramai yang ingin membantu meringankan penderitaan pelarian Yaman bolehlah menyalurkan sumbangan ke dalam akaun kami,

“AKAUN PERTUBUHAN CAKNA YAMAN MALAYSIA
MAYBANK ISLAMIC NO ACC:562245510737,” katanya.