Delegasi KAMI Bertolak Ke Sunda

312

Oleh : Rohayati Ripin (RR)

KUALA TERENGGANU – Satu deligasi Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) Negeri bersama seorang Doktor dari NGO Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) bertolak semalam ke Wilayah Sunda bagi misi liputan dan bantuan kepada mangsa Tsunami.

Bendahari KAMI, Nazmi Ghazali berkata, rombongan tersebut akan membuat tinjauan dan melihat sendiri peristiwa yang telah menimpa penduduk terbabit.

“(Wilayah) Sunda merupakan satu tempat gempa bumi yang berlaku seminggu yang lalu, jadi in Sya Allah kita akan ke sana melihat sendiri bagaimana kejadian yang berlaku di sana.

“Dan In Sya Allah, bila berada di sana kita akan tengok keperluan yang perlu kita sumbang kepada mangsa tsunami,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, disini semalam, 3 Disember.

Katanya, kejadian Tsunami yang berlaku pada 22 Disember 2018 berpunca ekoran gunung berapi Anak Krakatau yang meletup di Selat Sunda Indonesia.

“Dari sudut punca kejadian, tsunami yang berlaku adalah berpunca daripada laut gunung berapi. bila gunung berapi meletus maka berlaku tsunami di Pantai Sunda.

Justeru beliau berkata, untuk susulan yang kedua pihak KAMI akan membawa keperluan penduduk di sana.

“Sesiapa yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurkan kepada Akaun KAMI Management No. 13053010008281 (BIMB),” tambahnya.