Datuk Che Mat Jusoh, tidak akan pertahankan jawatan

1078

Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh, telah mengesahkan bahawa beliau tidak akan memperhakan kedudukan semasa beliau pada Kogres PBSNT September ini, dan akan memberi laluan kepada muka-muka baru untuk memimpin persatuan.

Dengan pengesahan itu, beberapa nama telah disebut-sebut untuk menggantikan beliau, termasuk Pegerusi Jawatakuasa Belia dan Sukan di negeri ini dan Jawatankuasa Sukan, Rozi Mamat serta Datuk Ahmad Nizam Abdul Hamid.

che mat jusohMenurut Utusan, Che Mat telah mengakui bahawa ia adalah masa untuk beliau berundur selepas dia telah berjanji kepada dirinya sendiri dan keluarganya untuk melepaskan jawatan itu selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

“Saya telah bercakap tentang perkara ini dengan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan memberitahu beliau mengenai keputusan saya dan saya fikir ia adalah masa untuk saya mengundurkan diri dan membiarkan ‘darah baru’ memimpin PBSNT dan juga mewujudkan satu pasukan baru untuk masa depan yang lebih baik,”kata Che Mat

Beliau telah memutuskan untuk tidak terlibat dengan apa-apa jua yang berkaitan dengan bola sepak dan akan menghabiskan masa dengan keluarganya.

Namun begitu keputusan Che Mat dilihat sebagai ‘anti-klimaks’ kepada peminat bolasepak negeri yang kini sudah tidak peduli samada beliau terus memimpin PBSNT atau sebaliknya.

Pada September 2013, kemuncak kekecewaan peminat bola sepak skuad Penyu dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang diterajui Datuk Che Mat Jusoh, telah melancarkan kempen ‘Asal Bukan Che Mat’ (ABC).

Kempen bertemakan “Demonstrasi Kebangkitan Bola Sepak Terengganu’ itu bertujuan menggesa Che Mat melepaskan jawatan dan rombakan dilakukan terhadap pengurusan PBSNT.

Menerusinya peminat terbabit memasang poster ABC di beberapa lokasi di bandar Kuala Terengganu manakala laman facebook bertajuk Rombak PBSNT mendapat lebih 4,000 reaksi yang bersetuju rombakan itu dilakukan.