Dapur Rakyat Anjuran Muslimat DUN Permaisuri Meriah

290

Oleh : Fahmi Izzuddin

SETIU – Muslimat DUN Permaisuri bersama ahlinya menganjurkan ‘Dapur Rakyat’ bagi memenuhi keperluan Pusat Pemindahan Sementera (PPS) mangsa banjir.

Ketuanya, Norasikkin Abdul Wahab berkata, ia adalah inisiatif yang diambil bagi membantu mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Perpusatakaan Daerah Setiu disini.

Menututnya, program itu mendapat kerjasama baik daripada tenaga tempatan seperti, Jabatan Amal dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Buluh Hulu dan Buluh Hilir.

“InsyaAllah program seperti ini akan kita teruskan ke lokasi PPS lain selepas ini”, katanya ketika ditemui semalam 2 Disember.

Turut bersama hadir melihat perjalanan ‘Dapur Rakyat’ Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman.