DAP Kuasai Putrajaya

1936

MARANG – Pentadbiran negara dikuasai oleh parti DAP, sejak Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada bulan Mei yang lalu.

Naib presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, perkara tersebut telah didedahkan oleh satu kajian yang dilakukan baru-baru ini.

“Lebih 60 peratus dikuasai oleh 30 peratus kajian telah mendapati (pendapat orang ramai) DAP mengusai pentadbiran (negara masa kini),” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah sempena Karnival DUN Bukit Payung di perkarangan Pasar Kedai Buluh pada malam ini.

Turut berucap pada program tersebut ialah Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Katanya, PAS mengadakan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan Umno bukan kerana mahukan kuasa.

“Kalau PAS nak kuasa PAS sudah menerima jemputan Umno semasa mereka merintah tetapi tidak.

“PAS bersama Umno kerana kepentingan (masa depan) orang Melayu dan agama Islam,” tegasnya.

Menurutnya, bukan sahaja semasa pentadbiran semasa Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri, bahkan sebelum itu, zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, PAS pernah dipelawa menyertai Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, katanya, PH juga pada saat akhir sebelum PRU14 telah mengadakan perbincangan dengan PAS.

Namun kata beliau, PAS meletakkan syarat boleh bekerjasama dengan Pakatan Harapan tanpa DAP.

“Sebaliknya Parti Bersatu mendakwa mereka akan kalah sekiranya DAP tidak bersama-sama dengan PH.

“Sebab itu tidak ada kerjasama PAS dengan PH pada PRU yang lalu,” tambah beliau.