Cooronavirus Tersebar Seluruh Dunia

220

Tiga kes coronavirus Wuhan telah dikenal pasti di Perancis, setelah Kementerian Kesihatan mengumumkan Jumaat bahawa mereka adalah kes-kes pertama jangkitan virus itu di Eropah.

Seorang pesakit adalah lelaki berusia 48 tahun di bandar raya Bordeaux di barat daya, kata Menteri Kesihatan Agnès Buzyn kepada wartawan.

Buzyn berkata lelaki itu mengembara ke China dan melawat Wuhan sebelum kembali ke Perancis pada 22 Januari, sehari kemudian, beliau memohon pemeriksaan kesihatan dan dikuarantin.

“Dia di asingkan dan dia baik,” kata Buzyn dan menambah dua pesakit lain telah dimasukkan ke hospital di Paris

Virus maut itu, yang pertama kali ditemui di bandar Wuhan pada bulan Disember, telah merebak ke setiap wilayah di China, kecuali kawasan autonomi Qinghai dan Tibet yang jauh, dengan jumlah jangkitan yang meningkat kepada lebih daripada 1,000 di seluruh dunia.

Sehingga hari ini, virus itu telah menewaskan sekurang-kurangnya 41 orang di tanah besar China.

Virus ini mula menyebar di seluruh dunia. Dua kes telah dikenal pasti di Amerika Syarikat, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat. Pesakit, seorang wanita berusia 60-an dan lelaki berusia 30-an, mengembara ke Wuhan dan baru-baru ini kembali ke Amerika Syarikat.

Kes-kes virus telah disahkan di Hong Kong, Macau, Taiwan, Singapura, Malaysia, Korea Selatan, Thailand, Jepun dan Vietnam.

Dalam perkembangan yang sama Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Sri Zulkifli telah mengesahkan seorang warga China di Malaysia, dijangkiti virus itu.