Catatan Misi Lombok Bergegar 3; Atas Nama Simpati Dan Kemanusiaan

346

Oleh : Solahuddin Al-Idrus

Lombok dalam bahasa jawa maksudnya lada, ia juga sebuah dikenali sebagai ‘pulau seribu masjid’ kerana majoriti penduduknya yang kuat beragama.

Kehadiran Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) memberi peluamg aku melihat sendiri bagaimana manusia yang kelam kabut lari mencari keamanan, keselamatan diri.

Kejadian gempa bumi kuat yang menggegar pada 5 Ogos lalu masih dirasai dengan susulan gempa yang berlaku hamper setiap hari.

Aku masih bias menghidu bau mayat yang bertimbunan disebalik runtuhan.

Di kiri kanan sepanjang 75 kilometer, perjalanan dari lapangan terbang Lombok ke kaki gunung Rinjani, Dusun Lenggorong Desa Sambielen mempaparkan dengan runtuhan demi runtuhan, akita malapetaka itu.

Sepatutnya perjalanan biasa kurang lebih 3 jam sahaja akan tetapi dengan keadaan jalan yang rosak di perbatasan pusat gempa menyebabkan ia mengambil masa selama 7 jam

Disebalik cantiknya keindahan laut adanya kegiatan ‘persundalan’ dan di sana ad lorong-lorong maksiat dan ‘penarian bebas’.

Nahh…malapetaka yang dahsyat ini yang sebenarnya merupakan ‘Sebuah Peringatan dari Sang Pencipta’ untuk mereka dan juga untuk kita sekalian alam.

Dalam kekalutan amarah gempa ini, aku melihat masih ramai manusia yang mempunyai rasa ‘kemanusiaan’ terutamanya, mereka bagai serumpun dalam menghulurkan bantuan.

Hari minggu menjadi sibuk dengan berlumbanya mereka membuat kebajikan dan menolong mangsa gempa.

Ia……Lombok sedang bersedih dan yang lebih tepat sebenarnya seluruh Lombok sedang berduka

Dimanakah peranan kita untuk menolong mereka?

Apa yang sangat diperlukan disini adelah khemah dan selimut kerana rumah-rumah mereka semua hancur musnah, bahkan masjid turut terkesan.

Mereka keluar hidup di lapangan membina khemah tetapi masih tidak mencukupi.

Di malam hari pula cuaca amat dingin.

Selain itu, terapi pasca trauma amat perlu terutama kepada kanak-kanak dan orang tua. Fikiran dan emosi mereka dihantui dengan gempa itu.

Justeru KAMI mohon ihsan rakyat Malaysia dan umat Islam seluruhnya menghulurkan sumbangan.

Ia boleh disalurkan melalui akaun KAMI : BIMB 1305 301 000 8281 Tetuan Kami Mangement