Cari Bekal Layari Lautan Mehnah

517

Oleh :Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Pemuda memerlukan kekuatan semangat dan ilmu untuk terus  melayari bahtera perjuangan di lautan mehnah dan tribulasi.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ustaz Fadhli Rahmi Zulkifli menyeru seluruh Pemuda bersiap siaga untuk ditarbiyah rohani dan jasadi.

“Kita semarakkan Ijtimak Tarbawi kali ini yang akan berlangsung di MATIN, Perlis pada 26-27 Oktober 2018 ini”, ujarnya ketika dihubungi di Dungun pada 17 Oktober. .

Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ustaz Fadhli Rahmi.

Menurut Ustaz Fadhli, hanya beberapa hari lagi tarikh berbaki untuk merancang dan memenuhkan ruang-ruang di program nanti.

” Semoga Allah jualah yang akan membalas setiap keringat dan usaha yang kita sumbangkan untuk agama Islam”, ujar beliau.

Ijtimak Tarbawi 6.0 adalah acara dwi-tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia yang sebelum ini diadakan di Melaka.

Himpunan yang bertujuan untuk menyemarakkan agenda pentarbiyahan dalam jiwa para pemuda PAS serta anak-anak muda yang cintakan Islam.