Calon Muafakat Nasional Dijangka Menang DUN Chini

168

Oleh : RR

PEKAN – Orang ramai dan para pengundi dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menjangkakan calon Muafakat Nasional, Mohd Sharim Md Zain, 41, dijangka akan menang dalam saingan Pilihanraya Kecil (PRK) itu.

Seorang peniaga ubat tradisional, Haji Omar Ali, 75, berkata, calon yang disepakati oleh PAS dan Umno itu telah dikenali ramai.

Katanya, beliau adalah pegawai kepada mantan ADUN Allahyarham Datok Seri Abu Bakar Harun, yang sudah biasa bergaul dengan masyarakat setempat.

“Jadi kita telah bersepakat dalam (Muafakat Nasional) pilih calon yang telah dipersetujui,” ujarnya yang menyokong pengisytiharan pembentukan Muafakat Nasional diantara dua parti Melayu terbesar itu, pada 14 September 2019 di PWTC, Kuala Lumpur.

Haji Omar Ali

Beliau yang juga peneroka asal Felda Chini, berasal dari negeri Terengganu, mengharapkap mengharapkan lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan oleh kerajaan dalam kawasan terbabit.

Anak jati Kampung Mengabang Tengah Kuala Terengganu itu juga berkata, beliau baru balik daripada melawat Jambatan Angkat (drawbridge).

“Saya nak di sini pun pembangunan seperti di negeri Terengganu,” katanya.

Sementara itu, warga Generasi Kedua, Roslan bin Daud, 32, mengakui ada beberapa perkara yang belum dibereskan oleh kerajaan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan kemudahan dan kehidupan orang muda dan masyarakat umum.

Menurutnya, rumah atau tanah serta peluang pekerjaan adalah antara isu yang disuarakan oleh rakyat pada pilihan raya kecil tersebut.

“mesin wang automatik (ATM) yang paling dekat ialah di Felda Chini dua. Anak-anak yang tinggal di bandar dan berjauhan dengan keluarga kirim duit kepada ibu bapa mereka melalui sistem online.

“Dan sekarang ini agak sukar untuk mengeluarkan wang dengan bilangan mesin ATM yang sikit dan jauh,” jelasnyanya ketika di temui semalam Jumaat 26 Jun.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan pengundian awal bagi PRK DUN Chini pada 30 Jun manakala hari mengundi pada 4hb Julai membabitkan 20,990 pengundi.

PRK itu diadakan susulan kematian Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar, 7 Mei lalu.