Cakna Pemimpin Sasar Golongan Wanita Tingkat Ahli PAS

329

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Program’ Cakna  Pemimpin’ mensasarkan terutamanya golongan wanita bagi meningkatkan jumlah ahli PAS di negeri ini.

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, salah satu objektifnya adalah untuk memasyarakatkan  ahli PAS agar sentiasa mekar disanubari kaum Hawa

“Melaksanakan usaha berterusan ke arah penambahan ahli PAS di kalangan  Wanita Kuala Nerus melalui aktiviti kebajikan.

“Ianya dibuat secara bulanan, bergilir (disetiap) DUN Tepoh, Seberang Takir, Bukit Tunggal, dan Buluh Gading.

Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS kawasan Kuala Nerus berkata demikian ketika dihubungi semalam, Isnin, 5 Ogos.

Justeru, beliau berharap agar parti PAS sentiasa di hati setiap para wanita.

Selain itu katanya, program tersebut akan diteruskan ke setip DUN dalam pelbagai bentuk seperti kebajikan, penerangan dan lain-lain lagi.

“Insyaallah bermula pada bulan Oktober  program Cakna Pimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus ke setiap DUN dalam bentuk program penerangan iaitu ceramah isu dan penjelasan tentang pencapaian Kerajaan PAS Terengganu,” tambahnya lagi.