Cadangan ‘Tanam Buluh’ PH Tidak Jelas

716

Apa yang membimbangkan saya sebagai aktivis isu Felda ialah Kerajaan PH gagal kemukakan kertas yang menyakinkan mengenai cadangan tanaman baru menganti sawit iaitu buluh.

Tidak dinafikan bahan mentah ini ada pasaran dan keperluannya tersendiri, persoalannya kami tiada maklumat jelas. Informasi sangat penting kepada kami agar tidak berlaku kerosakan seterusnya.

Bahkan kami bimbang dengan perbagai persepsi negetif dan sangat menakutkan. Terdengar kepada kami, kerajaan akan membawa pelabur luar untuk memajukan industri buluh ini pada skala besar.

Tanah-tanah peneroka Felda yang berkeluasan lebih sejuta ekar menjadi pilihan kerana perbagai faktor antaranya kemudahan asasnya yang sudah tersedia.

Sudah tentu ianya akan menarik pelabur terutamanaya pelabur besar dari China. Kerajaan PH sekarang seolah tidak memberi perhatian serius isu komoditi terutamanya sawit.

Bila cadangan tanaman buluh ini di kemukakan oleh Menteri, ianya memberi
perbagai persoalan bermain fikiran kami. Dengan keadaan Felda yang semakin tenat dan tidak ada pelan pemulihan.

Jika bulih menjadi antara pelan pemulihan, sepatutnya kerajaan kemukakan dulu hasil kajian penyelidikan yang diyakini. Peneroka mestilah diberi keyakinan terlebih dahulu.

Jika ianya boleh memberi pendapatan lumayan, jaminan kepentingan tanah kami juga perlu diberi perhatian. Bukan sudut keuntungan sahaja. Kami masih berjiwa patrotik jika tanah air kami menjurus kepada ruang risiko terlepas atau dipajak kepada pelabur asing.

Jadi kerajaan perlu segera kemukakan profile cadangan projek tanamam buluh ini agar kami boleh memperhalusi dari semua aspek untung dan rugi. Kami tidak mahu seperti kes Felda Cahaya baru dan Felda Sungai Buaya berulang.

Naraza Muda
Pengerusi NGO GENERASI Terengganu.