Bunyikan ‘Hon’ Tanda Penghargaan

10023

KUALA TERENGGANU – Exco Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO negeri Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menyarankan warga bandar raya ini membunyikan ‘hon’ kenderaan masing-masing apabila bertemu dengan pekerja kebersihan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Menurutnya, dengan sampah sarap yang banyak pada musim perayaan ini, mereka terpaksa bekerja terus menerus tanpa henti sehingga semua sampah habis dikutip.

“pihak MBKT terpaksa menggunakan mesin jengkaut (Case) dan mengambil masa 30 hingga 40 minit dan terpaksa bekerja sehingga esok hari raya,

“saya suka mengajak semua warga bandar raya untuk membunyikan ‘hon’ tanda terima kasih kita kepada mereka dan sekiranya berpeluang untuk berhenti untuk memberikan penghargaan (buah tangan) maka itu adalah lebih baik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dengan melihat sendiri para pekerja MBKT yang sedang membersihkan di Kampung Merbau Patah, jalan Kuala Bersng di sini malam satu Syawal, Khamis.

Beliau juga menyeru agar semua penduduk memberikan kerjasama dengan meletakkan sampah berhampiran tong sampah, supaya ianya mudah dikutip.

“sekiranya tong sudah penuh……letakkan betul-betul di tepi tong itu dan janganlah letak ditempat yang jauh….yang menyusahkan,

“pekerja-pekerja MBKT memunggah sampah itu ke dalam lori,” jelasnya.

Semalam, pada Rabu malam, Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu itu telah hadir dalam satu perjumpaan dengan lebih 150 orang pekerja MBKT.

Pada majlis tersebut beliau mengungat semua umat Islam, agar menjaga kebersihan kerana ia adalah sebahagian daripada iman.

Kata beliau, tugas dan amanah para pekerja kebersihan tersebut, lebih berat daripada seorang askar yang duduk di perbatasan.

“mereka bekerja terus dan hanya berhenti sewaktu solat sunat aidilfitri…..kemudian lepas itu, terpaksa turun semula untuk membersihkan sampah,” tegasnya

Justeru itu, katanya, sekiranya para pekerja bekerja dengan ikhlas dan jujur, ia akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.