Bukti PAS Tepati Janji, Perjuangkan Nasib Rakyat

277

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Penyerahan Kad Sejahtera kepada mereka yang layak menjadi bukti kerajaan PAS menepati janji dan terus konsisten memperjuangkan nasib rakyat.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata didalam tempoh pemerintahan satu demi satu janji telah ditunaikan.

“Ini membuktikan bahawa slogan Terengganu Maju Berkat dan Sejahtera (TMBS) bukan hanya slogan bahkan PAS sememangnya bersungguh-sungguh mencipta matlamat ke arah itu.

“Bukan sekadar melontarkan janji-janji manis untuk menarik undi rakyat semata-mata, (tetapi) telah menunaikannya sehingga dilihat seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika menyerahkan Kad Sejahtera kepada penduduk di Kampung Pasir Raja, semalam Isnin, 30 September.

Menurutnya, pada peringkat terdahulu, agihan kad berkenaan telah diserahkan di Bukit Besi dan Al-Muktafi Billah Shah (AMBS).

“Pada hari ini kita telah selesai mengagihkan sekaligus kepada penduduk Kampung Jongok Batu, Kampung Shukor dan Pasir Raja.

“Insya-Allah kita jangkakan esok akan berkahir pemberian kad sejahtera ini melibatkan 23 MPKK,” jelasnya.

Dengan setiap manifesto yang tertunai itu, nyatanya, menjadikan PAS semakin dinilai dan dilihat bagi dipilih menerajui negara di masa akan datang.

“Kerana kita tahu masyarakat, bukanlah suka untuk ditipu, pastinya sentiasa memihak kepada kebenaran,” jelasnya.

Diantara faktor dilihat benar-benar menunaikan janji kerana manifesto PAS adalah berdasarkan kajian yang berkait keperluan rakyat yang dikira munasabah disaat negara menghadapi kemelut ekonomi.

“Kerana itu PAS tidaklah menjanjikan bulan dan bintang dan apa yang tidak mampu ditunaikan.

“Kerana itu manifesto PAS yang ditawarkan pada PRU Ke-14 yang lalu adalah berdasarkan kajian, melihat segala sudut, lagipun perjuangan dan prinsip PAS jelas iaitu ingin memastikan Islam di hadapan agar nasib seluruh rakyat terbela,

“namun begitu kita sama-sama menunggu dan melihat hasil positif pada pilihanraya yang akan datang, semoga kemenangan Islam menjamin kesejahteraan rakyat pada masa akan datang, sama-sama kita mendoakan, “tegasnya.