Bukit Besi Bersedia Jadi Tuan Rumah HIMPIT

245
Che Wan Mohd Fikri Che Wan Abdul Mubin (kiri)

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi menyatakan kesediaan menjadi tuan rumah Program Himpunan Anak Muda Islam Terengganu (HIMPIT) pada tahun hadapan.

Setiausaha Pemudanya, Che Wan Mohd Fikri Che Wan Abdul Mubin pihaknya menyatakan kesediaan itu kerana Bukit Besi mempunyai kawasan bertemakan alam semulajadi yang menarik.

“Kesediaan kita juga adalah kerana kita mahu penguasaan PAS di DUN kita ini semakin hebat dengan program yang berskala besar.

“Agar anak-anak muda PAS di Bukit Besi ini mengenali program HIMPIT itu sendiri, bagi memantapkan kerohanian, serta mampu melahirkan pelapis kepada kepimpinan PAS pada masa akan datang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui wakil Buletin Online, di sini, pada semalam

Dengan memiliki kawasan yang luas bertemakan alam semulajadi, beliau yakin pelbagai program mampu dilakukan.

“Sudah tentu menjanjikan keseronokkan yang tersendiri apabila pemuda Islam semuanya berkampung di Bukit Besi.

“Secara tidak langsung, kita harapkan agar Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPNT) dapat mengatur strategi dan merancang bagaimana nak menawan anak muda Bukit Besi supaya berlaku pertambahan ahli PAS yang lebih ramai ,” ujarnya.

Bagi penganjuran pada tahun ini, beliau menyatakan kerahan telah dibuat melalui Ketua Pemuda PAS setiap cawangan bagi Program HIMPIT di Hulu Terengganu pada kali ini.

“Kita telah memcuba sedaya upaya, dan turut telah turut mengajak anak muda UMNO, walaupun ianya sebelum ini dilihat lebih khusus kepada Pemuda PAS namun kita cuba juga mengajak apatah lagi selepas berlakunya Muafakat Nasional.

“Matlamat kita pun, memang nak seluruh anak muda Bukit Besi menyertai program PAS,” jelasnya.

Namun, menurutnya yang menyatakan kehadiran melalui ‘Form Goggle’ setakat ini hanya 20 orang termasuk ahli kelab ‘Alternative Riding Club’ (ARC).

“Namun kita tidak putus asa jalan dakwah ini masih jauh, dan peristiwa yang berlaku kepada Nabi Nuh perlu diteladani, dan kita kena sedar, kita berada di pedalaman.

“Namun tiada mustahil, di masa hadapan akan ramai anak muda PAS di DUN Bukit Besi, sebab itu kita mengharapkan agar diberi peluang bagi kita di Bukit Besi menjadi tuan rumah bagi Program HIMPIT pada masa akan datang,” ucapnya.