Buat Persiapan Rohani Dan Jasmani

430

KUALA NERUS – PAS berharap agar seramai 86 orang bakal haji kawasan ini membuat persiapan secukupnya dari segi rohani dan jasmani bagi melaksanakan ibadat yang besar yang penuh cabaran, apabila berada di tanah suci mekah.

Setiausaha PAS Kawasannya Ustaz Zakaria Dagang berkata, ianya bertujuan bagi mengukuhkan hubungan sesama mereka bagi manfaat semasa mengerjakan ibadat di sana nanti.

“Majlis keraian bakal haji adalah program rutin setiap tahun diadakan di DUN Seberang Takir,

“dan bertujuan sebagai tanda penghargaan kepada para bakal tetamu Allah yang akan berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadat haji,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir berkata demikian ketika di temui pihak media pada Isnin, 9 Julai.

Katanya, pihak penganjur mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan dan kemudahan serta keselamatan kepda para Jemaah.

Dan seterusnya memohon agar para haji yang pergi nanti mendapat haji yang mabrur.

“Semoga mereka yang pulang nanti akan berperanan dengan sebaik-baiknya dalam masyarakat,

“bagi turut membina negeri ini ke arah maju, berkat dan sejahtera,” katanya.

Turut hadir sama dalam program tersebut ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus Ustaz Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Pegawai Penyelaras pemuda DUN Seberang Takir Haji Mohd Fazil Wahab.