Brunei Ditekan: Mengapa Dunia Islam Berdiam Diri

709

Pendirian Brunei meluluskan hukuman mati terhadap pesalah hubungan sejenis termasuklah zina dan rogol pada 3 April lalu telah mengundang tekanan yang memuncak di peringkat antarabangsa.

2. Selain pemboikotan beberapa hotel milik Brunei di London dan Los Angeles, Sultan Hassanal Bolkiah turut didesak memulangkan semula Ijazah Undang-Undang Kehormat yang diperoleh dari Universiti Oxford pada 1993, sesuatu yang tidak sewajarnya berlaku.

3. Amat malang apabila dunia Islam, termasuklah jiran serantau seperti Malaysia hanya berdiam diri melihat tekanan yang bertali arus dihalakan terhadap Brunei. Sedangkan apa yang dilakukan oleh Brunei tersebut adalah sebahagian daripada perlaksanaan syariat Islam yang wajar didokong oleh umat Islam di seluruh dunia.

4. Begitulah hakikatnya berada di dunia yang penuh dengan hipokrasi yang bercakap tentang hak dan kebebasan tetapi bertentangan dengan tindakan dan praktik mereka sendiri.

5. Tidak pelik jika penentangan berlaku di Barat kerana nilai agama tidak lagi dipandang penting dalam kehidupan mereka. Jika “agama” itu sudah tiada nilai, apatah lagi syariat Islam tentang hukuman-hukumannya yang dilihat kononnya kejam dan tidak berperikemanusiaan.

6. Namun, lebih menghairankan negara-negara umat Islam juga lebih rela mengunci mulut daripada menyatakan kebenaran terhadap syariat Islam yang hendak dilaksanakan di Brunei. Apakah kepentingan agama turut tiada nilainya disisi pemerintah dalam kalangan umat Islam hari ini?

_Islam Memimpin_

*YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR*
Ahli Parlimen Setiu