Bowling Terbuka Pemuda; Bakri Dan Zaidi Berkongsi Kemenangan

1137

Oleh : ZSJ

KEMAMAN – Kejohanan Boling Terbuka Piala Ketua Pemuda PAS Terengganu 2016 mencatat sejarah apabila tempat pertama terpaksa dikongsi oleh dua pemenang.

Mohammad Bakri dari Dungun dan Mohammad Zaidi berasal Kota Bharu mendapat mata keseluruhan yang sama iaitu 622 daripada tiga perlawanan. Mereka meninggalkan pemenang tempat ketiga, Aiman Husni dengan perbezaan 11 mata.

Mengulas acara yang diadakan di U-Bowl Mesra Mall, Kemasik, Timbalan Ketua DACS Pemuda PAS Terengganu berkata, kejohanan kali ini disifatkan berjaya kerana dapat menarik 78 orang peserta.

bowling pemuda2” Allamdulillah, penyertaan kali ini telah melebihi sasaran kami. Kita telah menyewa 22 lorong boling di U-Bowl bagi memastikan pertandingan ini berjalan lancar,”

“Kami juga mendapat pandangan daripada peserta bagi penambahbaikan untuk kejohanan yang akan datang. Insyaallah kita akan kaji dan bawa kedalam mesyuarat DACS yang terdekat,”ujarnya

Johan bersama kali ini membawa pulang sebuah piala pusingan, medal, hamper dan wang tunai RM1,800. Tempat kedua pula berjaya membawa pulang medal, hamper dan wang tunar RM 800. Manakala tempat ketiga membawa pulang medal, hamper dan wang tunai RM 600.

Sementara itu, Amran yang berjaya mendapat tempat keempat dengan bilangan mata 604 membawa pulang medal, hamper dan wang tunai RM 400. Sementara hadiah saguhati berupa medal, hamper dan wang tunai RM 100 telah diberikan kepada peserta yang mendapat tempat kelima hingga ke sepuluh.

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Zul Shawalludin, exco DPPKD yang mewakili Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.