BN Guna Tentera; Zahid Tipu?

417

Beliau berkata, dakwaan Zahid kononnya kor perubatan tentera berada di Permatang Pasir adalah kerana program ‘jiwa murni’ dan bukan bertujuan politik .

Mahfudz mempersoalkan, ’Sesiapa di sini boleh yakin dan percaya kenyataan Zahid itu?

Menurut Mahfudz kor peruhttp://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/08/atm02.jpgbatan tentera tersebut di letakkan dalam bangsal UMNO di depan Masjid Permatang Pasir.

”Kor perubatan tentera dalam bangsal UMNO di depan Masjid Permatang Pasir, kalau tidak bertujuan politik, itu bertujuan apa?,

”Di tangan saya ini, ada beberapa gambar bukti ‘UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’, khususnya pengundi Permatang Pauh sendiri,”tegas Mahfudz

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/08/atm031.jpgKatanya, adakah Zahid juga mahu berbohong dan mengkhianati amanah rakyat, setelah rakyat dibohongi dan dikhianati oleh calon UMNO/BN Rohaizat Othman.

Tegasnya lagi, yang mengatakan Rohaizat sedemikian, bukan PAS tetapi tetapi bekas rakan kongsinya, Yusri Isahak.

Menurutnya, beliau dimakluman,  Yusri sudah mula berkempen untuk membersihkan dirinya dari fitnah yang ditohmah oleh UMNO/BN ke atas dirinya.

”Fitnah tersebut menjejaskan maruah keluarganya. Malam ini (20 Ogos), saya mendapat makluman, Yusri akan terus kemben bersih diri dan keluarganya di atas mana-mana pentas yang diberikan,”tambah Mahfudz