Bersama Basmi Aedes

372

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Belia , Sukan dan NGO Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah turun padang bersama dengan beberapa agensi kerajaan dalam program membasmi aedes hari ini.

Katanya, antara agensi kerajaan yang terlibat adalah pejabat kesihatan, pejabat daerah , pejabat pendidikan, dewan bandaraya, MPKK dan (Institut Bina Insan Sejahtera (i-MITS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam.

Beliau berkata, program yang bermula jam 8 pagi itu mendapat kerjasama dan semua pihak bergotong royong membersih Jalan Belukar Kampung Seberang Baruh.

“Gotong royong ini sangat baik untuk menunjukkan permuafakatan kita di peringkat komuniti kampung dalam menanggani isu-isu komuniti setempat saperti hari ini,

“kita gotong royong mencegah Aedes, ini amat penting apatah lagi dengan kerjasama agensi agensi kerajaan yang begitu bersungguh (mahu) melahirkan komuniti yang bebas dari penyakit dan wabak merbahaya,” ujar Ustaz Wan Sukairi yang juga ADUN Wakaf Memelam.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program itu pada Jumaat, 10 Ogos.

Program yang berpusat di rumah Omar bin Ismail (Mat Rani) itu juga di hadiri oleh Pengarah Kesihatan Negeri Fatimah Muda, Pegawai Daerah Kuala Terengganu Azmi Razin dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim dan Penghulu Mukim Mohd Ikram Rasyid.

Turut serta ialah para pelajar sekolah rendah sekitar, menurut Ustaz Wan Sukairi, bagi tujuan mendidik mereka agar tahu tentang nilai murni dan pentingnya menjaga kebersihan.

Sedikit cenderahati diberikan kepada kanak-kanak kerana berjaya memungut tin dan bekas kosong yang menjadi tempat pembiakan Aedes.