Berlapang Dada Memberi Dan Menerima Teguran

430

Oleh : Rohayati Ripin

KEMAMAN – Kepimpinan PAS mestilah bersikap berlapang dada untuk menerima teguran ahli-ahli PAS dan ahlinya hendaklah sentiasa terbuka menerima penjelasan daripada pimpinan atasan.

Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu tahun 2018 diadakan bagi menjadikan ruang dan medan untuk pemimpin menyatakan dasar dan polisi parti.

“Seluruh peserta dan ahli memberikan sokongan dan memberikan dokongan dan membawa polisi kita gerakkan khususnya tema yang dipilih kali ini ‘Islam Memimpin Kemenangan’,

“Ijtimak yang sudah dilangsungkan puluhan tahun, kita pernah mengadakan ijtimak ketika kita memerintah negeri Terengganu dan kali ini kita menyambut ijtimak dalam keadaan kita memerintah negeri Terengganu,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengarah Ijtimak PAS negeri Terengganu berkata demikian dalam ucapan pada majlis Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu tahun 2018 di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman pada hari ini, Sabtu, 1 Disember.

Justeru, beliau berharap seluruh jentera parti membantu kerajaan dan dapat mendokong kepimpinan yang ada ini untuk melaksanakan tuntutan Islam dalam pemerintahan.

“Medan ini juga bagi ruang untuk kita bermuhasabah dan pembahas boleh nyatakan pandangan mereka.. pembahas –pembahas daripada kawasan.. perantau dan dewan boleh beri nasihat.

“Moga insya Allah ijtimak kali ini memberi resolusi yag baik untuk kita bawa tema ‘Islam memimpin kemenangan,” jelasnya.