Berjimat Agar Agihan Peruntukkan Lebih Rata

315

SETIU – Penjimatan kos dalam projek pembangunan adalah bagi membuka ruang lebih ramai rakyat dapat menikmati sebarang pelan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata pembangunan ini haruslah di tempat yang sebetulnya walaupun tidak semewah yang dulu.

“Contohnya, court sepak dulu bernilai RM20000 satu, kita buat RM8000 je. Bila kita berjimat walaupun bajet ini ada limit dia, biarlah ia sampai kepada sasaran. Bila sampai kepada sasaran, inshallah semangat kita boleh sama-sama nikmati,’’tegasnya.

Beliau yang juga Exco kerajaan berkata demikian ketika berucap merasmikan dan menyerahkan replika kunci dalam Program Perumahanku Terengganu Sejahtera 9 ( PPTS ) di Perkarangan Surau Kerandang, 30 April lalu.

Menurut beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Jabi, untuk tahun 2019, sebanyak 72 buah rumah akan dibaiki dan empat buah rumah akan dibina berbanding tahun lepas sebuah rumah sahaja.

“Bila sampai permohonan untuk baiki rumah, pasukan dari Pejabat Adun turun tengok kadang-kadang kita pun jadi serba salah, sebab sebenarnya banyak rumah yang mohon baiki tu sebenarnya tidak layak dibaiki, yang layaknya adalah runtuhkan dan buat hok baru,” jelasnya.

“Ini realiti kehidupan masyarakat di Jabi yang ada depan kita. Jadi, dengan peruntukan kerajaan bagi RM11,000 tu, kita nak tukar atap, lantai berlubang. Nak tukar lantai, dinding pun tiada. Yang mana satu kita nak pilih? . Akhirnya kita akan buat keputusan mana yang kita buat itu biar ada kesan,” katanya.

Katanya, usah persoalkan apa kerajaan dulu lakukan. Sekarang ini, terus mengorak langkah kehadapan sebagaimana rakyat telah memberi amanah kepada kita.

“ Seumpama kita memandu kereta jangan kita ralit tengok cermin belakang sokmo, jarang-jarang sekali tengok cermin depan, itu bermakna cari nahas. Kita jangan cari nahas, biarlah kereta kita ini selamat.”

“Tanggungjawab kitalah untuk buat penyusulan yang terbaik walaupun mustahil kita boleh puaskan hati semua orang. Hok ni realiti setiap pimpinan kene berjiwa besar. Ada orang suka, ada orang marah ada hok senyum, ada yang masam.,” ujarnya.

Justeru katanya, kerajaan tidak mampu memuaskan hati semua orang meletakkan kerja atas kepeerluan rakyat tanpa ada kepentingan diri pemimpin.

“dia akan jadi jerning dan ceroh. Kita pun boleh buat sebagai jalan tengah yang paling baik untuk masyarakat kita.” tambah beliau.