Beri Peluang PDRM Siasat Isu LTTE

185

oleh: Fidee Aziz

KUALA LUMPUR – Beri peluang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) siasat Isu LTTE tanpa sebarang tekanan dengan menggunakan jawatan politik yang ada untuk menyiasat ADUN dari DAP yang di berkas PDRM.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata dengan sikap profesionalisma dan intergriti PDRM, mereka mampu menjalankan siasatan ini dengan adil dan saksama.

“Sikap beberapa individu dari kalangan pimpinan DAP terutamanya Lim Guan Eng seolah – olah mendesak dan memberikan tekanan pihak PDRM supaya melepaskan tertuduh.

“Dengan itu, ia seperti satu intimidasi dan cubaan mempengaruhi siasatan kepada pihak PDRM yang sedang menjalankan tugas dan menyiasat kes terbabit. ,” ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Batu Buruk berkata demikian ketika demikian dalam kenyataannya di laman Facebook beliau , pada hari ini.

Menurut Muhammad Khalil,sebagai Ahli Parlimen dan anggota Kerajaan, tindakan mendesak dan memberikan tekanan kepada penjawat awam terutamanya anggota PDRM yang sedang menjalankan tugas adalah tidak bermoral dan langsung tidak berintergriti.

“Sewajarnya tiada di kalangan anggota parti pemerintah mahupun parti yang mewakili parti pemerintah berhak masuk campur mahupun mendesak dalam urusan siasatan pihak PDRM.

“Saya berpendapat wajar di ambil tindakan kepada sesiapa yang cuba mendesak,memberikan tekanan mahupun cuba campurtangan dalam siasatan kes PDRM berkaitan isu terbabit tidak kira siapa sekalipun,” tambah beliau.