Bekas Rakan Kongsi Rohaizat Akan Membuat Kejutan

448

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/08/rohaizat.gifBendahari PAS Dr. Mohd Hatta Ramli berkata beliau menjangka Yusri, rakan kongsi kepada Rohaizat akan bertindak demikian setelah beliau dijadikan kambing hitam oleh UMNO.

Katanya, Yusri telah dipersalahkan oleh Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan dalam kenyataannya kelmarin yang menuduh segala apa yang berlaku dalam syarikat Rohaizat adalah disebabkan oleh Yusri.

Dr.Hatta turut menawarkan kepada Yusri, pentas PAS dalam kempen pilihanraya kecil Petmatang Pasir, sekiranya beliau mahu memberikan penjelasan.

”Saya menawarkan bagi pihak pimpinan PAS, kalau beliau hendak gunakan pentas kita dalam kempen ini untuk memberikan penjelasan,

”supaya penduduk Permatang Pasir ini tidak diberikan maklumat yang salah, sebagai dijelaskan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan,”katanya dalam vceramah kempen pilihanraya Permatang Pasir di UPU Tanah Liat, disini semalam.

Sementara itu satu pesanan ringkas (SMS) telah diterima oleh Buletinonline yang memberitahu, Yusri akan mengadakan satu sidang media khusus pada jam 10 pagi, 20 Ogos (hari ini)

http://www.youtube.com/watch?v=zDb0_Nnf4IM

Bacaan :

Rohaizat struck off for misconduct – Bar Council

Rohaizat’s offence a personal misconduct, Ragunath says