Bekas Presiden Argentina dihadapkan ke mahkamah

214

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/12/Videlakini.jpgBekas pemimpin Argentina, Jorge Videla (Gambar – tengah), dihadapkan ke mahkamah negara itu dan dijangka akan dihukum kerana peranan beliau dalam peristiwa pembunuhan sekurang-kurangnya 31 tahanan politik sewaktu ‘Perang Kotor’ (Dirty War) sepanjang tempoh 1976-1983.

Videla sedang menunggu keputusan mahkamah Buenos Aires Rabu lalu yang membicarakan tindakan keras yang ditaja negara  semasa beliau berkuasa, terhadap kumpulan pembangkang, termasuk Marxisme, aktivis kiri, ahli kesatuan pekerja dan wartawan.

Menyingkap kembali tindak-tanduk beliau, sebaik sahaja menjadi Presiden, beliau membubarkan Kongres dan memberi kuasa penggubalan undang-undang kepada suatu suruhanjaya tentera.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/12/Videladulu.jpgDi samping itu, Vadela menyekat peranan mahkamah, parti-parti politik, dan kesatuan pekerja dan memenuhi jawatan-jawatan penting kerajaan dengan ahli tentera.

Dalam masa seminggu, beliau menahan beratus-ratus rakyat yang disyaki gerila berhaluan kiri dan ini berterusan sewaktu pemerintahannya. Mangsa penahanan ini telah diberi panggilan “desaparecidos” dan dianggarkan antara 10,000 and 30,000 rakyat negara ini telah hilang secara misteri sewaktu pemerintahannya.

Sebelum ini, mahkamah telah menghukum penjara seumur hidup keatas sekumpulan bekas tentera yang telah berkhidmat dengan kerajaan Videla, kerana jenayah terhadap kemanusiaan semasa Perang Kotor.

Mereka (bekas-bekas tentera Videla) dihukum kerana penculikan, menyeksa dan membunuh lebih dari 180 orang di tiga pusat penahanan rahsia.

Di antara mereka yang dijatuhi hukuman itu Raul Guglielminetti, seorang bekas agen perisikan tentera, dan Juan Luis Donocik, seorang bekas pesuruhjaya polis tentera.(Gambar kanan – Videla ketika berkuasa)