Bekas Pengasas PAS Kampung Baharu Sebak

6600

Oleh : Saifullah Jusoh

BESUT – Bekas pengasas PAS Cawangan Kampung Baharu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Jusoh Ismail, 69, sebak apabila mengenangkan kisah perjuangan beliau bersama PAS.

Beliau yang dikenali dengan panggilan ‘Pak Soh’ berkata, ramai kawan seangkatan dengannya telah ‘pergi’ terlebih dahulu.

“Saya antara salah seorang pengasas Cawangan PAS Kampung Baharu. Sahabat-sahabat seperjuangan saya dahulu sudah meninggal dunia,“ ujarnya menahan hiba.

Beliau berkata demikan ketika dikunjungi oleh Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Kuala Besut Haji Azbi Salleh pada Jamuaat, 15 Mac.

Turut sama dalam program ziarah Sempena Sambutan 60 Tahun Penubuhan PAS Kawasan Besut ialah Pemangku Ketua Dewan Ulama’PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ismail Othman .

Pak Soh yang kini menetap di Kampung Pengkalan Sentul adalah diantara ‘Assabiqun, veteran PAS yang diziarahi oleh pemimpin bagi menghargai jasa mereka.

Oleh itu, Pak Jusoh Ismail menasihati agar anak-anak istiqamah bersama PAS kerana hanya parti itu yang berjuang untuk menegakkan agama Allah.

“duduklah di dalam PAS kerana Allah dan bukannya kerana benda lain,” katanya.