Bantuan Musim Sejuk Untuk Pelarian Syria

305

Oleh: Abd Muhaimin

KUALA NERUS- Kesinambungan daripada program bantuan pelarian Syria yang lepas, Iman Care pada kali ini akan turun ke lapangan di sempadan Turki bagi menyalurkan bantuan awal kepada pelarian menghadapi musim sejuk disana.

Berucap pada majlis Perasmian Kempen Dana Pelarian Syria di Sabasun Dua Gong Badak semalam (Rabu), Pengerusi Iman Care Ustaz Nasrun Abdullah menyatakan kita mensasarkan 400 ribu kutipan dana yang akan di bawa pada 21 hingga 27 Oktober nanti.

“Kita mensasarkan kutipan sebanyak 400 ribu bagi membeli keperluan untuk pelarian di sana seperti bekalan makanan, bekalan ubatan dan juga keperluan alatan dapur. Dan kita juga akan menjalinkan kerjasama dengan NGO setempat di Turki untuk mengagihkan keperluan tersebut.” Ujarnya

Pada misi ini, Pengerusi Warga Cakna Yang juga Pakar Kesihatan Keluarga Dr. Haji Suhazeli Abdullah turut akan bersama sekaligus akan mengetuai delegasi serama 13 orang.

Majlis perasmian ini di sempurnakan oleh YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah Pengerusi Belia Sukan & NGO Negeri Terengganu.

“Saya mengharapkan agar sumbangan kali ini jauh lebih besar lagi, walaupun di tempat kita ada orang-orang memerlukan, tetapi kesusahan dan penderitaan yang di hadapi kita di sini adalah tidak sama dengan mereka disana”. Ujar Ustaz Wan Sukairi

Tambahnya lagi, “mereka disana di kepung dari segenap penjuru, mereka teputus bekalan makanan, mereka terputus bekalan ubat-ubatan dan mereka juga kehilangan tempat tinggal kesan dari peperangan yang dihadapi.”

Kempen ini juga mendapat kerjasama dari sebuah pasaraya tempatan, Sabasun Hyperuncit. Pengarah Urusan Sabasun Che Salmi Che Ibrahim juga turut akan bersama pada misi kali ini.

Sebanyak 10 NGO yang memberi kerjasama bagi membantu sasaran kutipan di capai antaranya Al-Azhar Care, Syabab Care, Warga Cakna, Sahabat Iman, Qaseh Outreach, Pertubuhan Kebajikan Pembangunan insan Kelantan, Rakan Media KAMI, Sabasun Hyperuncit, HRM Travel dan juga Permaisuri Care.