Bantuan Kepada 31 Buah Rumah Penduduk Dilanda Ribut

193

KUALA TERENGGANU – PAS Hulu Besut turun padang ‘mengambil cakna’ dan menghulurkan bantuan awal kepada 31 buah rumah penduduk yang telah ditimpa bencana alam di kawasan terbabit, pada 5 Jun lalu.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD), Cikgu Salahuddin Jaafar berkata, semua mangsa yang dibadai angin kencang itu telah diambil perjalanan sewajarnya.

“Ribut telah melanda di kawasan Hulu Besut lebih berlalu kurang 30 minit beserta dengan hujan berlaku di Kampung Padang Buloh, Darau dan Kampung Lepan Kejor,

“ banyak rumah penduduk terjejas dan rosak. Walau bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku,” jelasnya ketika dihubungi pihak media semalam.

Turut sama pada lawatan ke kampung tersebut ialah Timbalan Pengarah Haji Ya bin Hassan, Ketua Kebajikan PAS Kawasan Besut Rahim Mat Zin, Ketua Penerangan PAS MTD Hulu Besut Ahmad Farid Alwi dan wakil Pengerusi majlis Pengurusan komuniti Kampung (MPKK) Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Harian DUN.

Menurutnya, kejadian tersebut telah dilaprkan kepada pihak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan bancian kerugian telah dibuat.

Oleh itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu mereka yang ditimpa kesusahan itu.

“Terima kasih juga kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Pasukan Bomba yang bergegas memotong pokok tumbang dan membersih sekitar Kawasan rumah mangsa serta phak MPKK turut terlibat membantu operasi tersebut.

“Diharap penduduk yang terlibat bersabar menerima ujian Allah SWT,” ujar Salahuddin.