Banjir – Umno Tidak Beri Bantuan Walaupun Satu Sen ?

275

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/IMG_1773.jpgBeliau berkata demikian ketika mengulas tuduhan yang dilemparkan oleh Umno DUN Chukai, PAS tidak memberikan sebarang bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Geliga disini.

(Gambar – Ustaz Yusof Embong menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir Kampung Geliga)

Menurutnya, setelah banjir yang berlaku di kampung terbabit surut, Umno yang lambat memberikan bantuan sebaliknya menuduh PAS tidak membantu penduduk kampung tersebut.

”Sebenarnya Umno lah yang tidak memberi walau satu sen pun kepada orang-orang kampung, tetapi pejuang-pejuang PAS mengeluarkan wang dari poket-poket masing-masing membantu saudara-saudaranya yang ditimpa kemalangan,

”bantuan yang diberi oleh Umno bukan dari kocek Umno tetapi adalah wang rakyat,”tegas Hanafiah.

Katanya, bantuan yang dihulurkan oleh orang Umno sebenarnya adalah hasil kutipan yang dibuat oleh kerajaan melalui cukai dan perkhidmatan yang dikenakan keatas seluruh rakyat.

Beliau menegaskan bantuan ‘ehsan’ yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak adalah dari wang royalti minyak, bukan dari tabung Umno.
http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/IMG_1691.JPG
”Umno Cuma tukang ‘bbagi’ (sampaikan) dan (sebenarnya) rakyat sepatutnya mendapat lebih dari itu,

”Oleh itu, janganlah orang-orang Umno, pemuda Umno, Wanita Umno dan Puteri Umno nak tunjuk sombong,”katanya ketika dihubungi Buletinonline.

Katanya lagi, beliau telah turun menziarahi penduduk kampung Geliga sebaik sahaja menerima berita bajir kilat yang berlaku.

”Saya telah turun sendiri dan menyampaikan sedikit bantuan, pendahuluan kepada mana-mana yang termampu,

”kemudian pada sebelah malamnya, pihak MTD Chukai telah membuat satu majlis menjemput semua mangsa-mangsa banjir Kampung Geliga untuk mendengar tazkirah dan kemudiannya menerima bantuan yang disumbangkan oleh semua ahli-ahli PAS,”jelas Hanafiah.

Buletinonline dimaklumkan, majlis Tazkirah dan sumbangan bantuan tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Yusof Embong, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Pahang yang dipanggil khusus oleh pihak MTD.