Banjir Semakin Buruk!

401

KUALA TERENGGANU  – Hujan yang lebat turun seharian, semalam pada 1hb Disember menyebabkan banjir di negeri Terengganu bertambah buruk dengan keseluruhannya mangsa mencatat peningkatan lebih sekali ganda.

Menurut laman sesawang rasmi bilik gerakan banjir negeri, sebanuak 87 buah pusat pemindahan sementara dibuka berbanding 35 sebelumnya.

Seramai 3,567 mangsa banjir, menurut laporan tersebut pada lewat semalam berbanding 2,220 sebagai dilaporkan pada Isnin.

Sementara itu, Setiausaha PAS Kawasan Besut Cikgu Shalahuddin Jaafar merayu agar mana-mana pihak yang berkelapangan dapamt menghantar bantuan, samada dari segi petugas dan juga barangan keperluan untuk mangsa banjir.

“Selesai menghantar bekalan kepada penduduk Kampung Seberang Air Hangat, Hulu Besut yang kehabisan bekalan makanan setelah tiga hari terperangkap oleh air bah,

“Arus sungai yang agak deras menyebabkan penduduk takut untuk menaik perahu. Pihak Mtd Hulu Besut menyewa motorboat yang agak besar 15 kuasa kuda bagi mengharung arus yang deras,” ujarnya ketika ditemui semalam.

Menurutnya sebanyak 21 keluarga yang terperangkap, walau bagaimanapun lega dengan sedikit bantuan yang di sampaikan.

“Seorang ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak OKU mengadu kehabisan gas memasak Dan bekalan beras. Pihak Mtd bersama MPKK Panchur telah menghantar bekalan sekejap tadi,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu Haji Muhyiddin Rashid berkata, hujan semakin lebat dan kemungkinan akan terdapat pertambahan dalam bilangn mangsa banjir.

“kita telah pergi ke Pondok Bukit Periuk, di situ ada 50 orang pelajar, air semakin naik sebahagian pelajar masih bertahan di situ dan kita telah memberikan sedikit bantuan,

“pihak MPKK dan Khidmat Malaysia Hulu Terengganu akan terus mamantau dan menyalurkan bantuan kepada mereka bagi memastikan mereka dalam keadaan selamat,” jelasnya.

Justeru beliau yang juga Setiausaha PAS Terengganu menyeru kepada semua pihak dan merayu kepada para penderma yang budiman agar dapat sama-sama membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir.