Banjir; Penduduk Besol Berpindah Sekali Lagi

862

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN- Penduduk kampung Besol, dekat sini, terpaksa berpindah sekali lagi, apabila rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat sejak semalam.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ghazali Sulaiman berkata, 31 ahli keluarga dari enam buah rumah berkenaan telah berpindah pada hari ini.

“Kita telah pun membuka pusat pemindahan banjir di Kampung Besol.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Besol yang cepat bertindak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, ketika meninjau kawasan-kawasan yang telah dinaiki air, disini, pada Sabtu 15 Disember.

Gelangganu futsal ditengelami air

Dalam tumpuan yang sama, beliau turut memaklumkan kepala air dari bukit di kawasan aktiviti perlombongan, telah bertembung dengan air sungai Luwit sehingga memyebabkan, kampung Bukit Besi turut dilimpahi air.

“Mengikut penduduk setempat air mengalir dengan begitu laju, sehingga memyebabkan air telah melimpah ke gelanggag futsal.

“Menjadikan futsal seumpama kolam ikan.

“Kita telah pun memaklumkan kepada agensi dan pihak berwajib, agar tindakan.seger diambil,” ujarnya.

Masalah air yang melimpah di gelanggang futsal, dan juga lintasan air berhampiran Jabatan.Pengangkutan Jalan, adalah berpunca dari limpahan air Sungai Luwit yang bertembung dengan air bukit.

“Air yang mengalir ini adalah air dari bukit, semoga pihak berwajib segera memberi tumpuan dan penyelesaian permasalahan ini,” ujarnya