Bangsa Melayu Islam Jadi Hina Bila Gagal Ikut Syariat

431

Oleh :Nooreni Abu Bakar

MARANG – Bangsa Melayu yang beragama akan menjadi hina jika tidak mengikut syariat Allah dan akan gagal menjadi pemimpin di negeri dan negara yang menjadi milik mereka.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Nor Hamzah mengingatkan bahawa Tanah Melayu ini tanah milik mereka yang mesti dikuasai oleh bangsa Melayu.

” Kita tengok hari ini, bukan Islam menjadi pemimpin, bukan Islam kawal kewangan, bukan Islam yang racist, ” ujarnya.

Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu itu berkata demikian ketika menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila dekat sini pada 15 November.

Beliau seterusnya mengingatkan akibat kehinaan itu, mereka tidak memiliki keupayaan dan kekuatan untuk mencari kebenaran.

” Jiwa mereka ini terpinggir, (berasa) diketepikan, tidak memiliki sikap produktif. Mereka akan berhadapan dengan hukuman Allah,” ujarnya lagi.

Justeru itu, beliau menegaskan orang Melayu seharusnya bersedia berjuang di dalam kesatuan
dengan patuh kepada kepimpinan.

” Dengan satukan umat Islam dengan semangat jihad dan berani untuk berjuang untuk kembalikan pemerintahan kepada Islam,” katanya lagi.