Banggol FC Johan Futsal Tertutup DUN Telemong

733
Johan, Banggol FC

Oleh : Shahril Aswad

HULU TERENGGANU – Pasukan Banggol FC dari Kampung Durian Bador dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang RM600 menewaskan 32 pasukan lain yang bertanding dalam Kejohanan Futsal Tertutup Telemong 2018.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Penyelaras Pemuda PAS DUN Telemong dengan kerjasama Department Arts and Culture (DACS) dan Purnama FC itu disertai oleh 32 pasukan dari seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong .

Ketua Pemuda PAS DUN Telemong, Ustaz Yusuf Abdullah berkata penganjuran kejohanan Futsal ini menjadi wadah yang baik bagi mengeratkan silaturahim terutama kepada golongan muda.

Ustaz Yusuf Abdullah

“Sukan adalah ‘platform’ yang baik untuk kita mendekati golongan muda, justeru itu kita akan perbanyakkan aktiviti sukan seperti ini supaya pemuda PAS sentiasa dekat di hati anak muda,” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang di ABS Futsal Kampung Butut, Kuala Berang pada Sabtu 24 Februari.

Tambah beliau, kejohanan ini mendapat sambutan hangat dikalangan anak muda.

“Setiap kejohanan yang kita anjurkan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Naib Johann Kuala Telemong A

“Pada awal bulan februari lepas kita telah anjurkan satu kejohanan takraw, pada mulanya kita cuma membuka hanya 24 penyertaan, oleh kerana permintaan penyertaan terlalu tinggi kami terpaksa buka sebanyak 32 pernyertaan lagi.

“Pada kejohanan futsal ini pula, setelah tidak sampai seminggu diiklankan, kami terpaksa tutup penyertaan kerana jumlah 32 yang kami had kan telah penuh.” katanya penuh semangat.

Sehubungan itu beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana secara kesuluruhan penganjuran kali ini berjaya dilaksanakan dengan sokongan padu semua pihak terlibat terutama Jawatankuasa pelaksana, dan para dermawan yang tidak putus-putus menyumbang tenaga dan harta bagi menjayakan program ini.

Pada kejohanan kali ini pasukan Banggol FC menewaskan pasukan Kuala Telemong A di pentas akhir dengan penentuan sepakan penalti 4 -3. Manakala tempat ketiga dimenangi pasukan Ulu Sat yang menewaskan Peterson FT dari Kampung Basong 3-1.